‘Hamburger Straw” Popular Di Jepun
Jepun sememangnya terkenal dengan gaya unik dan idea kreatif mereka terhadap sesuatu perkara. Jika sebelum ini mereka pernah mencipta serbuk mandian berperisa makanan, kopi dalam kon aiskrim dan sebagainya, kini muncul pula gaya burger dicucuk dengan straw di atas bekas minuman.
BACA: McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!
Menurut Kotaku, gaya terbaru dari negara matahari terbit itu masih tidak berleluasa di seluruh dunia lagi.
Walau bagaimanapun, gaya meletakkan burger di atas bekas minuman menggunakan straw itu menjadi popular di negara berkenaan malah ia turut diberi nama sebagai hanbaagaa x dorinku atau hanbaagaa sutoroo yang bermaksud ‘drink x hamburger’ dan ‘hamburger straw’.
Ia nampak menyelerakan kerana burger kelihatan sangat menarik namun pelik kerana tiada siapa pernah membuat gaya makanan seperti itu di negara kita.
最近JKの間でハンバーガーにストローぶっさすの流行ってるらしいけど、これだよね。 pic.twitter.com/nfkaTnoh82
— 颪【漆黒の社畜】 (@oroshi_________) July 24, 2017
Namun, sebelum gaya hamburger straw ini muncul, rakyat negara tersebut telah meletakkan donat di atas bekas minuman sebelum ini.
Jika dilihat dari segi kebaikan gaya tersebut, ia sebenarnya dapat menjimatkan pinggan kerana anda tidak perlu menyediakan pinggan untuk makanan. Hanya letakkan makanan di atas bekas minuman dan anda boleh makan sambil minum seperti biasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu
- SUMBER
- MASHABLE