Sebut je minuman bubble tea, pasti ramai yang sukakan rasanya. Ada yang sangat sukakan minuman tersebut sehinggakan setiap hari pasti akan mendapatkannya.

Kalau anda tak puas minum secawan bubble tea, boleh la cuba ‘hot pot’ bubble tea ini. Siapa sangka, bubble tea pun kini dihidangkan dengan steamboat. Menu hidangan tersebut diperkenalkan oleh sebuah restoran Galaxy Tea Bar. Menariknya, bubble tea ini dihidangkan bersama bola taro, mangga dan jeli.

BACA: Bubble Tea 2 Kali Ganda Tinggi Gula Berbanding Coke!

Selalunya kalau pergi kedai steamboat kena pilih kuah tomyam atau sup ayam, tetapi untuk menu ini anda diberi pilihan untuk pilih teh susu atau susu segar.

Pasti ramai tertanya-tanya, jika ianya steamboat pasti bubble tea tersebut akan panas. Bubble tea ini boleh dinikmati bersama ais atau suam.

Restoran Galaxy Tea Bar ini terletak di Jalan Nagor, Georgetown, Pulau Pinang. Harga untuk bubble tea steambot ini bermula RM29.90 dan untuk satu pot boleh dinikmati untuk tiga orang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Coca-Cola Bakal Perkenal Minuman Alkohol Tak Lama Lagi
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?