Hanya Bakar Atas Dapur Gas, Biskut Raya Jadi Gebu
Tinggal kurang 2 minggu saja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai la mak-mak sekarang ni sibuk di dapur menyiapkan biskut raya. Tapi macam-mana kalau tak ada oven atau pembakar?
Tak ada oven pun boleh buat buat biskut raya. Hanya bakar biskut atas dapur gas je boleh dapat biskut raya rangup dan gebu. Paling penting, pan yang anda gunakan tak hangit pun.
BACA: 2 Resepi Ringkas Kuih Raya Daripada Ikea Untuk Anda
Menerusi Facebook, Puan Irhana Canella kongsikan cara bakar biskut raya atas dapur gas. Dengan cara ini Puan Irhana berjaya menghasilkan 3 jenis biskut raya serentak.
Cara bakar biskut raya atas dapur gas
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Misalnya, biskut Arab ambil masa 15 minit, biskut coklat dalam 20 ke 25 minit.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VITDAILY ORIGINALS: Dari Tukang Kasut Kini Jadi Lemang To’Ki
- SUMBER
- mingguan wanita