Hampir tiga tahun beroperasi, taman tema Movie Animation Parks (MAPS) di Ipoh, Perak ditutup mulai hari ini, 28 Januari 2020. Taman tema dengan kos RM520 juta itu ditutup mulai hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

BACA: Taman Tema Di China Beri Pas Percuma Untuk Wanita Gemuk

Penutupan taman tema itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut malah ada yang berasa sedih. Dalam pada itu, netizen berharap akan ada perubahan baru yang akan dilakukan oleh pelancongan negeri Perak di masa akan datang.

Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak mula beroperasi pada 1 Jun 2016 dan telah menamatkan operasinya pada 27…

Posted by Perak Press on Isnin, 27 Januari 2020

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga tiket taman tema tersebut yang dikatakan terlalu mahal.

Kata netizen lagi, faktor utama taman tema itu tidak mendapat sambutan kerana kurangnya promosi di televisyen dan kelemahan bahagian pemasaran sehinggakan ada yang tidak pernah tahu taman tema seperti MAPS itu wujud.


Untuk pengetahuan anda, MAPS merupakan taman tema animasi yang pertama seumpamanya di Asia.

Mula dibuka pada Jun 2017, MAPS menawarkan 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia seperti Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)