Haram Selfie Di Masjidil Haram & Al Nabawi
Kerajaan Arab Saudi telah mengharamkan para jemaah haji daripada mengambil selfie dan video di Masjidil Haram dan Masjid Al-Nabawi.
Menurut laporan media Turki, pengharaman tersebut telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negara Arab Saudi pada 12 November lalu.
BACA: Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor
Difahamkan, maklumat terbaru itu telah pun disampaikan kepada wakil kedutaan negara masing-masing di Arab Saudi.
Pihak berkuasa negara itu menjelaskan tindakan tersebut adalah memastikan para jemaah dapat menjalankan ibadah dengan selesa dan lancar tanpa sebarang gangguan di samping menjaga keselamatan secara keseluruhan di Tanah Suci.
Kerajaan negara itu mendapati jemaah sibuk bergambar dan berselfie di samping memuat naik gambar di laman sosial seolah-olah Tanah Suci merupakan pusat pelancongan sekaligus mampu menyimpang daripada niat sebenar, iaitu menunaikan ibadah.
Pengawal keselamatan turut diberi kuasa untuk merampas kamera dan telefon para jemaah seandainya didapati mengambil gambar.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- The Star