Harga Mee Daging RM1,393, Ini Apa Anda Dapat
Mee daging boleh dilabel sebagai makanan paling ikonik di Taiwan. Walaupun pada awalnya ia dicipta oleh etknik Cina Muslim ketika Dinasti Tang, versi daging merah dihasilkan oleh veteran perang yang lari dari tanah besar China ke Taiwan ketika perang saudara.
BACA: Bayar Nasi Kerabu Di Kelantan Guna Bitcoin
Kebanyakan tempat di Taiwan menghidangkan mee daging tidak lebih daripada harga RM33, bagaimanapun wujud satu restoran di Taiwan yang menjadi tumpuan apabila mengenakan bayaran RM1,393 semangkuk.
Restoran Niu Ba Ba mencuri tumpuan apabila menghidangkan makanan dengan harga tidak masuk akal itu di Daerah Neihu.
Niu Ba Ba bukan restoran biasa kerana mereka hanya menerima pelanggan yang membuat tempahan awal.
Lebih menarik perhatian, restoran tersebut hanya menempatkan empat meja makan sahaja.
Mee daging paling murah, beef father beef noodle soup, berharga RM67 semangkuk sementara presidential beef noodle soup – yang menjadi tumpuan utama – mencecah harga RM1,393 semangkuk.
Pemiliknya, Chef Wang Cong-yuan terlibat dalam dunia pembinaan selama 27 tahun sebelum melancarkan restoran tersebut pada tahun 1990.
Niu Ba Ba telah pun mendapat pengiktirafan tertinggi apabila disyorkan sendiri oleh chef terkemuka daripada Perancis, Jean Michel Lorain Michel.
Ia turut pernah dilawat selebriti terkenal, Jackie Chan dan (pengarah) Ang Lee.
- SUMBER
- NextShark