Harga Musang King Cecah RM800 1Kg
Kini nama raja buah itu kembali menjadi sebutan ramai apabila sesetengah dusun durian berbuah lagi seperti di negeri Perak.
Mungkin musimnya sudah tiba dan harganya pun kembali meningkat lebih-lebih lagi jika ianya durian gred bagus seperti Musang King.
BACA: Hikmah Durian Selepas Banjir
Usah khuatir, harga Musang King RM800 untuk satu kilogram (kg) itu berlaku di luar negara disebabkan oleh permintaan tinggi di sana.
Ternyata warga China, Singapura, Hong Kong dan Australia menggemari durian jenis itu hingga ia memberi sedikit impak kepada harga pasaran tempatan iaitu RM60 sehingga RM100 satu kg.
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Mat Iesak Ngathinee menggalakkan orang ramai supaya menceburi bidang penanaman durian Musang King kerana ia mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka.
“Jabatan yang mencari mereka berminat untuk mengusahakan penanaman itu dengan sasaran 50 peserta membabitkan keluasan satu hektar tanah bagi setiap seorang bermula tahun depan,” katanya.
Menurutnya, sesiapa yang berminat boleh menghubungi pegawai pertanian di daerah masing-masing untuk maklumat lanjut.
Malah, pihaknya akan membantu memberi baja dan khidmat nasihat kepada mereka yang benar-benar berminat untuk menanam Musang King.
Bagus juga cadangan daripada Mat Iesak itu kerana bukan saja kita dapat makan Musang King banyak-banyak bila ia sudah berbuah dan masak, tetapi dapat menjual di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
ARTIKEL BERKAITAN:
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Kisah Kami Yang Terjah Kendurian Di Shah Alam
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan 6 Jenis Durian Dalam Masa 2 Jam?
- SUMBER
- HARIAN METRO