Harga Set Makanan Naik Mendadak, Ini Jawapan KFC Malaysia
Baru-baru ini tular isu menenai harga set hidangan KFC yang semakin mahal tanpa membuat pengumuman harga baru kepada umum. Perkara tersebut disedari oleh seorang netizen yang memuat naik perkongsian di media sosial dan meluahkan rasa terkejut dengan kenaikan harga di restoran makanan segera itu.
Menerusi Facebook, netizen itu turut berkongsikan gambar harga terbaru menu KFC serta membandingkan dengan harga terdahulu. Ujarnya lagi ramai yang tidak perasan dengan harga baru tersebut yang naik sehingga 24 peratus daripada harga asal.
BACA: KFC S’pura Berhenti Sediakan Penyedut, Penutup Minuman
Wow melampau naw HARGA KFC nih👀Abam tanjat hari ni p KFC harga set menunye dh naik 3henget lebih uols. Hari tu rasanye…
Posted by Khalid Johar on Isnin, 24 Disember 2018
Menjawab mengenai isu harga makanan tersebut, restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) memaklumkan telah melakukan sedikit pelarasan dimana bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan adalah termasuk 6 peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Kami ingin menjelaskan bermula Disember 2018, senarai harga kami akan memasukkan SST sebanyak enam peratus.
“Terdapat sedikit penyelarasan terhadap harga-harga produk kami,” kata Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil.
Diminta mengulas mengenai kenaikan harga produk KFC yang tular di media sosial, beliau memberitahu, “Sebagai tambahan, (menu) Super Jimat Box kami tidak pernah diletakkan harga pada RM12.50 sejak kami melancarkan produk ini pada 2015,” katanya.
Apa pun diharap pihak KFC dapat mengkaji semula harga baru tersebut kerana dengan hanya kenaikan RM1 pasti akan ada mereka diluar sana rasa yang terbeban.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- MalaysiaKini