Hawaii Bakal Naik Had Umur Beli Rokok Kepada 100 Tahun
Nampaknya tidak lama lagi Hawaii bakal menjadi kawasan bebas rokok apabila wilayah itu sedang membertimbangkan untuk menaikkan had umur minumum untuk membeli rokok kepada 100 tahun.
Untuk pengetahuan anda, Hawaii mempunyai beberapa undang-undang paling sukar dalam penjualan rokok. Bagaimanapun, ahli politik Demokrat Richard Creagan yang merupakan seorang doktor, percaya lebih banyak perlu dilakukan untuk melarang rokok dijual.
BACA: “Tak Payah Nak Ukur, Terus Keluar Je Dari Kedai Makan”
“Pada dasarnya, kita mempunyai kumpulan yang sangat ketagih, menjadi hamba kepada rokok dan ia boleh membawa maut,” katanya kepada akhbar Hawaii Tribune-Herald.
Menurut Creagen lagi, beliau mencadangkan agar agar had umur membeli rokok dinaikkan kepada 30 pada tahun depan, 40 pada tahun 2021, 50 pada 2022 dan 60 pada tahun 2023.
Undang-undang yang dicadangkan itu akan mula berkuatkuasa pada tahun 2024. Buat masa ini, had untuk membeli rokok di Hawaii mestilah berusia 21 tahun ke atas.
Itu bermakna, menjelang tahun 2024 had umur membeli rokok akan naik kepada 100 tahun.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- mStar