Hilang Selera Dapat Kari Kepala Ayam, Kuih Berulat
Mesti ramai diantara anda yang suka sertai program atau kursus sebab dapat makanan percuma. Selalunya pihak urusetia pasti akan sediakan makanan kepada para peserta. Boleh la jimat duit makan sepanjang program berlangsung.
Namun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter Muhd Izzuddin kongsikan gambar makanan yang disediakan oleh pihak katering semasa mengikuti program taklimat di pusat pengajiannya kotor dan menggelikan.
BACA: Beli Ayam Goreng Mamak, ‘Percuma’ Ulat
Mana tidaknya, Nasi kari yang disediakan mempunyai kepala ayam yang masih mempunyai bulu. Memang terus hilang selera tengok. Lebih menyedihkan, kuih yang disediakan juga sudah berulat.
Rata-rata netizen terkejut dan berpendapat pihak katering tidak ikhlas berniaga kerana tidak menjaga kebersihan makanan. Ada diantara netizen meminta agar aduan dibuat kepada pihak sepatutnya agar tiada pihak lain terkena perkara yang sama.
Ada juga segelintir netizen yang merasakan lelaki itu sepatutnya terus melaporkan kepada pihak urusetia dan bukannya lakukan perkara sia-sia dengan viralkan isu tersebut di media sosial.
Kalau boleh lepas ni perlu berhati-hati dalam memilih makanan, lebih-lebih lagi jika ke bazar Ramadhan. Kadang-kadang peniaga ni lebih pentingkan keuntungan dari kebersihan dan kualiti makanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah
- SUMBER
- CariForum