Hormati Acheh, AirAsia Guna Pramugara Sahaja
Aceh merupakan satu wilayah Indonesia yang mengamalkan hukum syariah dan pihak berkuasa wilayah itu memberi syarat supaya semua kru kabin wanita Muslim harus memakai tudung ketika tiba di sana.
Berikutan itu, pihak AirAsia akur dengan syarat terbabit dan akan menggunakan pramugara bagi mengendalikan penerbangan ke Aceh.
BACA: AirAsia Bakal Perkenal Check In Guna Wajah
Menurut kenyataan dari AirAsia, mereka komited untuk memastikan kru operasi mereka mematuhi arahan tersebut.
Difahamkan, pihak berkuasa Aceh turut memberi arahan yang sama kepada syarikat penerbangan lain melalui surat agar syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia dan syarikat tambang murah lain seperti Firefly supaya pramugari Muslim memakai tudung ketika tiba di wilayah itu atau berdepan tindakan oleh mereka, Rabu lalu.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong, berkata pihaknya berkemungkinan akan meletakkan pramugara atau pramugari bukan Muslim bagi penerbangan ke Aceh.
Untuk pengetahuan anda, AirAsia dan Firefly merupakan syarikat penerbangan utama yang mempunyai penerbangan ke Banda Aceh.
ARTIKEL BERKAITAN:
AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk
AirAsia Batal 32 Penerbangan Ke Bali
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pecah Perut Makan Western Dalam Dulang Ni!!
- SUMBER
- MSTAR