Ibu Anak 5 Ini Kongsi Tips Perut Kempis Macam Anak Dara!
Kebiasaannya wanita akan mengalami masalah kenaikan berat badan mendadak selepas melahirkan anak. Dengan nak menjaga anak lagi, pakai makan suami lagi, sudah tentu tiada masa untuk menjaga badan lagi.
Bagi yang kerap melahirkan anak, masalah besar yang sering dihadapi adalah bahagian perut yang memang susah nak kempis. Tapi sebenarnya ada cara untuk dapatkan perus kempis dan langsing macam anak dara.
BACA: Ibu Anak 3 Ini Kongsi Jadual Diet & Rahsia Kulit Cantik
Seperti perkongsian ibu anak 5 ini, Nieyssa Hashim berkongsikan petua dan tips untuk mengempiskan perut. Perut boleh kempis dalam 1 hingga 2 bulan sahaja, tapi perlulah diamalkan secara konsisten.
Menurut wanita ini, dia mengamalkan minum 2 gelas air sebaik sahaja bangun dari tidur dan mengamalkan jamu sejak usia 12 tahun lagi.
RAMAI NAK TIPS KURUS PERUT KEMPIS KAN?
Sebenarnya ibu beranak ramai ni susah jugak untuk kempiskan perut.
Ambil masa 1-2 bulan untuk dapatkan hasil yang memuaskan tapi perlu konsisten.
Tapi boleh la cuba sedikit tips yang nissa amalkan ni.
Bangun jer waktu pagi tu terus minum 2 gelas air untuk buang toksik dalam badan.
Then nissa suka makan jamu, dari darjah 6 lagi nissa dah amalkan jamu. Sebab jamu boleh menyihatkan dalaman kita, dan menyuburkan. Apa sahaja jamu yang sesuai dengan diri kita, orang perempuan silalah amalkan.
Banyak khasiat jamu, kurangkan bau badan & period lebih teratur
Jamu ni bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tapi luaran pon boleh nampak. Kurangnya bau badan, period teratur, muka tidak akan pucat lesi yang penting kita tidak akan letih dan sentiasa bertenaga.
Dan yang mana tak nak badan yang berbenjol-benkol bila kita pakai pakaian dalam kerana lemak berlebihan keluar.
Amalkan senaman di rumah sahaja selama setengah jam
Pada sebelah malamnya buat la senaman yang boleh mengeluarkan peluh. Tak perlu ke gym sebab kita ramai anak kan. Ajak anak-anak sekali, buat la HIGH INTENSITY WORKOUT. Ambil masa setengah jam sudah cukup. Buka youtube dan amalkan selama sebulan,
Nissa jamin semua orang akan tegur selepas tu sebulan buat. Tapi yang penting perlu konsisten. Kalau nak cantik, nak slim bukanlah satu alasan yang pelbagai. Tak perlu nak berbelanja besar pon sudah boleh cantik dan sihat.
Diharap apa yang dikongsikan oleh wanita ini boleh membantu ibu-ibu diluar sana yang idamkan perut kempis.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Dedah Rahsia Turun Berat 50Kg Setahun
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg
Turun 67Kg Tak Sampai Setahun, Wanita Ini Kongsikan Tips Berkesan Untuk Kurus
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang) 😱😱
- SUMBER
- Facebook Nieyssa Hashim