Ibu Sanggup Jual Anak RM31k, Beli Alat Solek RM4k
Tergamak betul sanggup jual anak perempuan berusia setahun kerana mahu membeli-belah dan beli alat solek.
Menurut laporan Shanghaiist, kejadian yang berlaku di Henan, ibu kota Zhengzhou, dimana sebelum itu pada 20 Mei, wanita yang dikenali sebagai Yu pergi ke balai polis untuk melaporkan kehilangan anaknya.
BACA: Pasangan Kembar Cuba Dijual Online Dengan Harga RM15,000
Menurut wanita itu yang berasal dari wilayah Wunan tiba di bandar berkenaan untuk bersiar-siar. Namun kemudian dia ‘kehilangan’ anaknya, Huahua di dalam stesen kereta api.
Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, pihak polis mendapati kanak-kanak malang itu bukannya hilang, tetapi sudah dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.
Wanita itu kemudian mengaku telah menjual anaknya pada harga 50,000 yuan (RM31,307) sebaik tiba di Zhengzhou sebelum menggunakan wang berkenaan untuk membeli-belah dan menghabiskan 6,000 yuan (RM3,756) untuk membeli barangan kosmetik.
Pada 23 Mei, polis berjaya menjejaki kanak-kanak itu dan mengembalikannya kepada bapanya. Manakala dua suspek disyaki terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak itu ditahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?
- SUMBER
- CariForum