Ibu ‘Sound’ Guru Tak Basuh Bekas Bekal Makanan Anak
Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya dipandang tinggi kerana jasa mereka yang bukan sahaja memberikan pendidikan kepada pelajar tetapi sebagai bertanggungjawab sampaikan ilmu.
Namun ibu bapa perlu sedar tidak semua perkara boleh lepas tangan terhadap guru sahaja. Bayangkan seorang guru perlu menjaga berpuluh anak murid dalam satu masa. Malah, sikap ibu bapa yang agak melampau memeningkan para guru.
BACA: “Anak Ke Sekolah Hanya Bekal Nasi Lauk Ubi Kayu & Budu”
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini apabila ada ibu kepada seorang pelajar ini tidak berpuas hati dengan guru tadika anaknya kerana tidak membasuh bekas bekal yang dibawa oleh anaknya.
Lebih melampau, ibu pelajar tersebut turut melabelkan cikgu itu pemalas serta mengugut untuk memalukan guru itu.
Difahamkan, ibu pelajar tersebut turut meluahkan perkara itu di dalam group WhatsApp tadika anaknya.
Pengguna Facebook itu turut berkata, membasuh bekal pelajar bukan tugas guru. Jelasnya lagi, adakalnya jika ibu bapa tidak dapat menjemput anak, cikgu yang akan menghantar anak pulang sampai ke depan rumah.
Rasanya membasuh bekal bukan tugas guru, melainkan guru tersebut rela hati untuk melakkannya. Ibu bapa pun perlu bertolak ansur dan jangan asyik mengharapkan guru sahaja dalam semua hal.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Cari Forum