Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!
Tak sah rasanya jika pergi bercuti ke tempat yang terkenal dengan makanan kering segar jika tak membelinya.
Uniknya, sebuah gerai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan menjual ikan bilis menggunakan nama selebriti terkenal seperti Nur Sajat, Fazura, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.
BACA: Rekaan Nasi Lemak, Ikan Bilis Dibawa Bertanding
Video tersebut menunjukkan peniaga ikan bilis dan makanan kering, Mohd Razman Hafiz Rosdi, 23 tahun, memberitahu nama-nama ikan bilis di kedainya menarik perhatian pelanggan untuk membeli dan memudahkan mereka untuk memilih jenis ikan bilis yang diminati.
Antara ikan bilis yang menjadi kegemaran orang ramai ialah ‘Sajat Wanita Terakhir’, ‘Mata Fazura’, ‘Bilis Sado’, ‘Bilis Koya Comel’, ‘Bilis Mabuk Laut’, ‘Bilis Donald Trump’,’ Bilis Tak Tun Tuang Tak Mandi Lagi’, ‘Bilis Pyan Kpop’ dan ‘Bilis Datuk Vida’.
“Selepas sebulan, perniagaan saya semakin baik, jika sebelum ini saya memperoleh RM300 hingga RM400 sehari, kini jualan makin bertambah sehingga RM800 hingga RM1,000 sehari,” ujarnya.
Pada mulanya, dia hanya melabel ikan bilis tersebut secara suka-suka, tetapi tidak sangka ia tular di laman sosial.
Menurutnya, para pelanggan turut memuji kreativiti dirinya melabel ikan bilis tersebut kerana ia lebih mudah diingati.
Tambahnya, ikan bilis yang paling digemari orang ramai ialah bilis ‘Berlagak Kaya’ dan ‘Bilis Tak Tun Tuang Belum Mandi Lagi’.
Hafiz wajar dipuji kerana dia pandai menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan jualannya mengikut kreativiti sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN:
Buat Sendiri Chizza Ala KFC
Kek Soto Tiga Tingkat Ganti Kek Kahwin
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni
- SUMBER
- SINAR HARIAN