IKEA Malaysia Perkenal Kek Cendol Durian D24
Malaysia sememangnya kaya dengan adat, budaya, agama dan bangsa. Bukan itu saja, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan. Rakyat Malaysia sangat menggemari durian dan cendol.
Setiap kali musim durian tak sah kalau tak borong buah durian. Cendol pula memang sedap kalau pekena waktu panas untuk melegakan tekak. Kalau cendol durian benda tu kita dh biasa dengar. Tapi bagaimana pula dengan kek cendol durian?
BACA: Baru Dua Minggu Dibuka, Showroom IKEA Batu Kawan ‘Hancur’
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, IKEA Malaysia memperkenalkan menu baru mereka iaitu Kek Cendol Durian D24.
Untuk pengetahuan anda, kek istimewa itu mula dijual mulai hari ini sehingga 4 Jun depan. Harga bagi sebiji kek tersebut adalah RM102.90 seberat 1.4kg.
Selain Kek Cendol Durian D24, IKEA turut memperkenalkan dua lagi kek iaitu perisa Ondeh-Ondeh berharga RM74.90, manakala Pulut Hitam dijual dengan harga RM86.90.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- The Vocket