Impian Kek Kahwin Rakan Musnah
Perkahwinan sepatutnya menjadi satu kenangan yang indah buat pasangan pengantin, tetapi sepasang pengantin terpaksa menerima hakikat bahawa kek kahwin yang dihadiahkan oleh rakan mereka tidak seperti yang mereka sangkakan kerana pembuat kek tidak membuat kek seperti yang dijanjikan.
Malah, rakan pengantin juga meluahkan rasa tidak puas hati kerana layanan yang diberikan oleh pembuat kek itu amat mengecewakan.
BACA: Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami
Rakan pengantin yang dikenali sebagai Syahilla Aziz, memuatnaik status ke akaun laman sosial Facebook miliknya mengenai pengalaman yang dihadapinya ketika membuat tempahan kek kahwin dengan seorang pembuat kek terkenal tempatan.
Menurutnya, dia telah menerangkan jenis kek dan corak yang diminta dan telah membayar sebanyak RM520 pada Isnin lepas.
Apa yang mengecewakan, kek yang diterima adalah kek tidak seperti yang dipesan. Syahilla yang berhasrat untuk menempah kek perkahwinan rakan baiknya kerana dia tak dapat menghadiri majlis tersebut berasa sangat kecewa dengan layanan diberikan oleh pembuat kek itu.
Selepas status itu tular, pihak kek berkenaan menghubunginya dan telah membuat permohonan maaf secara peribadi.
Menurut rakan kongsinya, dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit dan masih mahu menerima tempahan kek kerana Syahilla merupakan bekas pelajar kelas kek anjurannya dan tidak mendengar nasihat supaya menolak tempahan buat sementara waktu.
Malah, Syahilla turut menerima mesej dari beberapa pelanggan yang pernah menempah kek dengan pembuat kek itu mengadu menerima nasib sama sepertinya.
Berikutan kes ini, pemilik akaun pembuat kek itu memprivate akaun dan sukar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan, lapor mStar.
Walau bagaimanapun, Syahilla memberitahu di laman sosial Instagram bahawa dia telah menerima penjelasan dan meminta maaf serta telah memadam status di Facebook serta meminta pihak pembuat kek itu memulangkan separuh duit kek dan meminta maaf kepada keluarga pengantin perempuan.
Berikutan itu, pihak pembuat kek itu menulis permohonan maaf kepada Syahilla sekali lagi di akaun Instagram dan menjelaskan perkara sebenar.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada semua orang supaya kes sebegini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kek Buah Masih Elok Walaupun Berusia 107 Tahun
Ibu Tunggal Berbakat Buat Kek Bentuk Ular
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pekena ROti Celaru & Mancing Tepi BEndang
- SUMBER
- MSTAR