Indonesia Beri Ganjaran Kepada Mereka Yang Berani Selamatkan Buaya Ini
Selepas beberapa tahun tayar motosikal tersangkut pada leher seekor buaya gergasi di Palu, Jakarta, agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah (BKSDA) akhirnya menawarkan ganjaran bagi mereka yang mampu menyelamatkan buaya tersebut.
Malah, satu pertandingan dibuat oleh pihak berkuasa Indonesia dan menawarkan ganjaran kepada individu berani yang berjaya mengeluarkan tayar tersangkut. Bagaimanapun, jumlah ganjaran masih tidak didedahkan lagi.
BACA: Rakyat Australia Bengang Koala Dijual Di Pasar Haiwan Eksotik Wuhan
Difahamkan, pertandingan itu diadakan susulan tular satu video di media sosial menunjukkan buaya itu seakan-akan sukar bernafas kerana tayar motosikal itu tersangkut di lehernya.
Menurut jurucakap agensi tersebut, walaupun sudah beberapa kali mencuba sebelum ini namun usaha mereka untuk membantu buaya itu melepaskan diri dari tayar motosikal itu tetap gagal.
Sebelum ini, seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji juga telah cuba menyelamatkan haiwan pemangsa itu pada tahun 2018, namun gagal.
Proses menyelamat buaya itu juga mendapat bantuan oleh organisasi dari Australia, namun menemui jalan buntu. Dalam pada itu, agensi itu juga bimbang sekiranya tayar tersebut akan membunuh reptilia sepanjang empat meter itu secara perlahan-lahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram