Ingatkan Daging Babi, Rupanya Daging…
Keadaan daging cepat berubah mengikut suhu dan cara penyimpanan. Ada yang tersilap sangka hingga timbul perasaan curiga jika daging yang dibeli halal atau tidak.
Isnin lalu seorang wanita memuatnaik gambar daging yang didakwanya sebagai daging babi di laman sosial Facebook telah tular hingga mendapat perhatian pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
BACA: Daging Lembu Dikatanya Daging Babi
Berikutan dakwaan seorang wanita bernama Mazliana Abdul Manap, pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat pemeriksaan ke atas kedai tersebut di pasar Selayang.
Ketua pegawai penguatkuasa, Wan Mohd Yusof Wan Taib, berkata pihaknya telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak serta sampel daging untuk siasatan lanjut.
“Menurut keterangan peniaga, daging yang dijual di premis itu adalah daging kerbau beku yang diimport dari India,” katanya.
Malah, peniaga itu juga berjaya menunjukkan resit pembelian daging kerbau daripada pemborong mengenai status daging yang dijualnya.
Walau bagaimanapun, sampel daging akan tetap dibawa untuk diperiksa oleh pakar sama ada daging kerbau itu mempunyai kandungan atau daging babi dan akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Di samping itu, pihaknya juga menasihati orang ramai agar mendapatkan pengesahan daripada pakar sebelum menceritakan kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Wan Mohd Yusof. Apa salahnya jika kita bertanya dahulu kepada penjual jika berasa curiga dengan barangan yang dibeli.
ARTIKEL BERKAITAN:
Isu Ayam Tak Sembelih, JAKIM Beri Penjelasan
Pelancong Di Bali Risau Termakan Sate Anjing
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- MSTAR