Dalam banyak-banyak tempat di sekolah, kantin antara tempat yang menjadi tumpuan pelajar. Bukan saja tempat untuk makan, kantin juga dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti pembelajaran ataupun kokorikulum.

Kalau ikutkan setiap kantin sekolah tiada bezanya. Hanya mempunyai meja dan kerusi panjang serta sinki untuk membasuh tangan. Hanya tempat makan cikgu-cikgu saja yang kelihatan cantik.

BACA: Peniaga Lelong Kasut Sekolah RM10 Untuk Habiskan Stok

Namun berbeza bagi kantin Sekolah Menengah Pasir Gudang ini, sekali pandang memang tak percaya ianya adalah sebuah kantin sekolah. Ingatkan restoran hispter atau kafe mewah yang biasa kita lihat.

Cuba anda lihat sendiri dekorasi kantin sekolah tersebut. Memang cantik sanbgat. Perkara paling mencabar ialah untuk mengekalkan tahap kebersihan dan memastikan tiada barang yang dirosakkan oleh pelajar.

Namun ternyata warga sekolah ini mampu mempertahankan kecantikan dekorasi kantin tersebut apabila salah seorang bekas pekerja kantin itu turut memberitahu dekorasi kantin itu masih lagi terpelihara.

Apa yang pasti, kantin yang cantik seperti ini pelajar dan guru lebih selesa untuk menjamu selera dan menjalankan aktiviti. Diharap perkongsian ini menjadi inspirasi sekolah lain untuk mencantikkan lagi kantin mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura