Ingatkan Pedal Ayam, Rupanya Anak Tikus ‘Masak Kicap’
Kini boleh dikatakan warung-warung atau gerai yang menjual lauk ditepi jalan antara yang menjadi pilihan ramai. Mana tidaknya, gerai seperti ini menawarkan harga yang murah dan memudahkan mereka yang sibuk bekerja. Bagaimanapun, apa yang menjadi isu adalah tahap kebersihan warung tersebut.
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki ini yang menemui anak tikus di dalam lauk yang dibeli hampir termakan anak tikus tersebut kerana disangkakan pedal ayam.
BACA: Tikus Berkeliaran Atas Roti Di Tesco, Ini Jawapan Dari Pekerja
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Azmi Ali itu, dia sering membeli lauk di warung tersebut namun tidak menyangka perkara sedemikian terjadi padanya. Azmi memberitahu, dia membeli 2 ketul ayam masak merah dan 2 ketul ayam masak kicap.
Ingatkan pedal ayam, boleh layan liat-liat
Pada awalnya dia menyangka warung tersebut memasukkan pedal ayam di dalam lauk yang dibeli olehnya, namun sangkaannya itu salah rupanya ianya adalah anak tikus.
Kembang tekak, mahu ‘pulangkan’ anak tikus semula ke warung
Kata Azmi, dia terus muntahkan muntahkan semula lauk yang dimakan tadi kemudian masukkan semula lauk tersebut di dalam plastik untuk dipulangkan semula ke warung tersebut
Dalam pada itu, Azmi menegaskan apa yang terjadi padanya itu bukan fitnah atau tipu semata-mata, dia juga memilih untuk tidak mendedahkan nama warung tersebut dan mahu menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- Facebook Azmi Ali