Kebanyakan kemalangan yang berlaku pada waktu malam dan awal pagi adalah disebabkan oleh tidak cukup tidur, badan letih dan sebagainya.

Seorang doktor menceritakan kisah dirinya terlibat kemalangan kerana terlelap beberapa saat atau dikenalpasti sebagai microsleep.

BACA: Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau

Seorang pakar perubatan, doktor Kamarul Ariffin berkongsi pengalaman dan cara mengenalpasti jika terkena microsleep serta bagaimana untuk mengatasinya di laman sosial Twitter.

Ketika kejadian, dia baru sahaja menyelesaikan tugas sebagai seorang doktor yang bertugas lebih 24 jam dan dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu solat Jumaat.

Kemudian, dia kehilangan fokus semasa dalam perjalanan pulang kerana terasa matanya seperti lemah dan sering terkejut. Menurutnya, ia adalah tanda-tanda microsleep.

Microsleep adalah satu situasi di mana kita tertidur dalam beberapa detik tanpa sedar kerana terlalu mengantuk. Malah, ada juga yang tertidur sambil mata terbuka.

Berikutan itu, microsleep agak berbahaya jika ia berlaku semasa anda sedang bekerja dan memandu kerana boleh membahayakan nyawa anda.

Tambahnya, antara tempoh masa yang berisiko tinggi berlaku microsleep adalah sewaktu selepas Subuh dan sekitar Zohor.

Berbalik kepada kisah dirinya, doktor Kamarul tidak sedar dirinya terlelap dan keretanya hilang kawalan sehingga terbalik di tepi jalan.

Dia bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup walaupun pada awalnya dia masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku selepas diselamatkan oleh orang awam.

Di samping itu, dia memberikan tips untuk mengelakkan daripada microsleep berlaku terutama ketika memandu di Twitter.

Selain itu, terdapat beberapa orang warga laman sosial yang mengalami situasi sama dengan doktor Kamarul dan mereka bernasib baik kerana sempat sedar sebelum perkara buruk berlaku.

Sebenarnya kita pernah mengalami situasi seperti di atas, tetapi kita tidak sedar ia membahayakan nyawa kita dan orang tersayang.

Lebih selamat berhenti berehat jika penat dan sampai rumah lewat bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?
Ini Akibat Jika Pelajar Tidak Boleh Ditegur

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Burung Di Port Dickson