Sejak kebelakangan ini isu mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Ditambah pula dengan berita palsu mengenai SST menambahkan lagi kerisauan rakyat Malaysia.

Hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil menjelaskan kekeliruan tersebut dengan menegaskan bahawa SST tidak membebankan rakyat kerana kutipan SST jauh lebih rendah berbanding pengutipan GST.

BACA: 6 Benda Perlu Beli Bila GST 0%, Sebelum SST Kembali

Guan Eng turut mengumumkan berita baik buat para nelayan dan petani dimana pembelian bot, traktor dan baja juga akan dikecualikan daripada SST.  Ini antara barangan dan servis yang akan dikecualikan SST.

1. Sardin

2. Produk tenusu

3. Kopi

4. Teh

5. Sos cili/tomato

6. Bijirin 

7. Tauhu 

8. Kaya

9. Mentega

10. Basikal

11. Motosikal 250cc

12. Barangan pembinaan seperti pasir, batu bata & simen

13. Konsultansi perubatan

14. Ubat-ubatan

15. Servis ambulans

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)