Ini Antara Barang Berguna Yang Anda Mesti Beli Di Daiso
Sebut je kedai serbaneka Daiso pasti ramai yang tahu kedai popular dari Jepun itu. Paling best, semua barangan di kedai tersebut berharga RM5.57. Kalau sekali pergi, memang rasa nak borong satu kedai.
Jika anda jenis yang suka mengemas dan membersihkan rumah tak lengkap rasanya jika anda tak ada barang-barang berguna ini yang memang berbaloi untuk dibeli.
BACA: Serbuk Pengeras Minyak Laku Sebab Tweet Ini
1. Penghalau kucing/cat repellent
Ini bukan racun. Kucing berak merata-rata elok la beli ni untuk kesejahteraan bau bauan.
2. Pembeku minyak masak
Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar.
3. Pengasing sampah di sinki
Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.
4. Stone ice cube
Traditional way kita bekukan air dan menjadi ais. Yang ni reusable stone ice cube. Jangan risau, tidak memudaratkan.
5. Konjac puff
Nak cuci muka ala-ala dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.
6. Magic sponge
Tengok magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil.
7. Sabun mesin basuh
Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sebelah dalam-dalam tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dekat daiso. Boleh tengok yang ni dan 1 lagi tu.
8. Agen pembersih paip
Nak bersihkan dalam-dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak keladak dalam paip tu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!
- SUMBER