Ini Apa Anda Dapat Jika Ke Food Mega Festival
Kini Selangor Food Mega Festival kembali lagi pada tahun ini dengan pelbagai makanan, minuman dan aktiviti menarik yang disediakan untuk semua pengunjung festival makanan terbesar ini.
Jika anda tidak mahu beratur panjang untuk membeli makanan, kami cadangkan anda datang awal pagi untuk lebih selesa membeli makanan dan mencari tempat duduk.
BACA: Kisah Kami Yang Terjah Kendurian Di Shah Alam
Selangor Food Mega Festival terdiri daripada 100 vendor makanan dan minuman yang ada di antaranya anda tidak pernah jumpa dan sukar untuk dicari serta unik.
Selain itu, festival ini berlangsung daripada pada hari ini dan berakhir pada keesokan hari iaitu 6 Ogos 2017.
Bahkan, ia juga bermula seawal 10.30 pagi hingga 11.30 malam. Kami nasihatkan anda untuk membawa payung kerana cuaca agak panas terik terutama pada waktu tengahari.
Pelbagai pencuci mulut yang menarik dijual di sini yang akan membuatkan anda tertarik untuk membeli. Jangan terkejut jika anda lihat kebanyakan gerai sudah ramai pengunjung beratur untuk membeli seperti pulut durian, cendol durian, churros, kerabu mangga dan banyak lagi.
Malah, terdapat pelbagai minuman yang dijual jarang dijual di tempat lain seperti air Unicorn yang sempat kami cuba semasa berkunjung ke sini dan juga air Honey Corn.
Harga bagi semua makanan dan minuman dijual di sini juga tidak terlalu mahal dan bergantung kepada makanan yang dibeli.
Peminat kek Mango Cheesecake pasti akan gembira kerana booth bernama AKIS ada menjual kek kegemaran ramai itu.
Anda juga harus mencuba biskut Dragon Breath yang mengeluarkan asap apabila dimakan.
Selain itu, aiskrim gulung juga turut ada dijual di booth TREATSOUT untuk anda yang masih tercari-cari aiskrim tersebut.
Bagi anda yang gemarkan makanan ala Thai pasti anda akan teruja untuk datang ke festival makanan ini kerana terdapat booth menjual kerabu meggi, somtam, pulut mangga dan pulut ayam goreng seperti booth Kak Jah Lejen dan Thai Food.
Kepada anda yang ingin ke Selangor Food Mega Festival esok, jangan lupa untuk mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman menarik di sana sambil berkelah di tepi padang bersama keluarga tersayang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram