Jika anda hantu durian dan minuman Milo, anda patut cuba minuman unik terbaru ini. Milo Cheese Durian? Apa rasanya?

Kalau nak cuba, boleh la kunjungi restoran Cheese Banjir di Desa Pandan ini. Restoran ini menjadi tumpuan ramai kerana menawarkan makanan dan minuman berasaskan keju. Semua makanan ada keju!

BACA: Minum Milo Dapat Penyakit Sinus, Ini Jawapan Doktor

Menurut pemilik restoran tersebut, Shahfizzam Moideen, dia tidak menyangka eksperimen untuk menghasilkan minuman dengan keju dan durian menjadi.

“Kita buat eksperimen untuk dapatkan minuman apa yang sesuai dengan keju dan durian bagi memastikan ia memenuhi selera pelanggan.”

Mula dijual pada akhir 2017, keju yang digunakan dalam minuman daripada jenis parmesan dan cheddar. Durian kampung menjadi pilihan mereka.

“Dengan tambahan keju dan durian, ia membuatkan rasa milo lebih lemak dan sedap,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Segelas Milo cheese durian berharga RM25, Teh cheese durian RM25, Kopi Cheese durian RM25 dan Mangga cheese durian RM29.

Antara menu lain di Cheese Banjir yang paling popular ialah cop ayam Captain America, stik tulang rusuk Uncle Tiger dan terbaru “meatza”, piza pertama tanpa doh.

ARTIKEL BERKAITAN:
5 Perkara Menarik Tentang Ais Tingkap
Kajian: Makan Aiskrim Waktu Pagi Buat Anda Bijak

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Paksa Makan Satay Daging Arnab?!