Kos sara hidup sekarang ni memang melambung tinggi. Nak beli barang rumah, dapur lagi. Kadang-kadang sampai tak ada duit lebih untuk simpanan kecemasan.

Selalunya kalau beli barang basah di pasar hari-hari memang akan terlebih bajet. Tapi sebenarnya anda boleh je buat bajet bulanan supaya tak terlebih guna duit.

BACA: Cara Cuci Barang Basah Dengan Betul

Baru-baru ini, seorang wanita Fieya Badar kongsikan cara untuk set bajet setiap bulan untuk beli barang basah selama sebulan. Hanya memperuntukkan RM200 sahaja sebulan.

Set bajet setiap bulan RM200 beli barang basah

Meh nak share macam mana kami boleh set bajet bulanan tak terlebih bajet tiap-tiap bulan. Paling utama ada duit simpanan kalau anak sakit or kecemasan.

Untuk barang basah kami peruntukkan RM150-RM200 je sebulan. Berbanding kalau beli kat pasar hari-hari memang akan terlebih bajet gila la kan.

Eh segar ke ikan tu?
Eh tahan lama ke?
Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
Eh masih sedap ke?

Dah lama buat macam ni, memang jimat setiap bulan

Meh nak ajar ye.
Kalau salah mohon maaf. Tapi dah buat begini dari azali. Kihkihkih. Jimat wehh.

Daging

1. Kalau beli daging. Macam kami daging beli daging beku tu sekilo kat pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging tu. Balik terus la potong. Macam kami 2 bekas selalunya dihiris nipis. 1 bekas kami hiris cube. In case nak masak daging masak itam mamak ke kan. Ha. Sambil hiris tu boleh pikir nak buat menu apa.

2. Jangan basuh ye daging. Lepas hiris terus masuk bekas tutup. Simpan.

3. Nak masak. Keluarkan sebekas. Biar dia cair sendiri. Jangan gatai pi rendam air ke apa. Bila dah cair sendiri. Nak masak baru basuh bersih2. Ha cenggitu. Baru lah daging uolls tak keras jegung. Tak liat. Dan tak rase tawar. Elok je cek oii.

Ikan

1. Bergantung gak ikan apa kau borong. Macam aku semua ikan yang aku nampak aku beli selagi cantik lagi rupa dia. Macam dalam gambar. Aku borong ikan temenung, ikan cencaru,ikan siakap.

2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye. Nanti hilang manis ikan. Sama macam ikan tongkol ikan nyok2. Ikan pari. Ikan patin.Kalau aku beli. Siang. Basuh. Then simpan tanpa bubuh air.

3. Ikan temenung. Ikan sardin. Ikan sebelah. Siang bersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama jugak. Jangan nak rendam air. Kecut ikan tu. Tak manis dah. Biar je dia cair sendiri. Sebelum simpan dah basuh bersihkan. Ha masak toskan je. Campak la nak masak apa pun.

Udang/sotong

1. Potong. Bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan kemudian boleh tutup kemas2 dan simpan.

2. Nak masak sama juga macam saya cakap di atas tu.

Ayam/itik

Tak payah letak air. Kau basuh bersih2. Letak dalam bekas. Simpan. Siap. Nak masak kau rendam sekali bekas. Jangan rendam isi saje. Pucat ayam/itik tu nanti. Tawar lak.

Sekarang duit macam tak ada nilai

Yang bekerja kan. Malam tu kau turunkan bekas apa yang nak dimasak esok pagi ke bahagian chiller. Senang.

* kerjasama amat diperlukan. Nak cuci semua ni ambik masa 3jam lebih kalau sorg basuh. Potong cuci. Tak termasuk gangguan ultraman. Princess let it go lagi. Ha gitu. Apa yang penting kerjasama.

Ha ikutlah. Mana boleh jimat kita jimat. Sekarang duit macam tak de nilai. Tapi nak cari duit tu. Kikiki.

3minggu makan ni 5-6 orang satu rumah.
Bajet RM150-RM200

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Identiti Sebenar Gadis Manja Yang Lapar
Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka