Boleh dikatakan musim sekarang agak tidak menentu. Ada masanya panas berhari-hari diikut dengan hujan sekejap-sekejap. Bila dah musim panas memang sedap kalau pekena aiskrim.

Kalau sebut aiskrim Magnum memang fikir 10 kali nak beli melihatkan harganya. Tetapi anda sebenarnya boleh buat sendiri aiskrim ala Magnum dirumah.

BACA: Aiskrim Malaysia Sekarang Letak Cheese? Ini Resepinya!

Dikongsikan oleh Raja Amanina, resepinya memang mudah sahaja dan hanya gunakan plastik aiskrim Malaysia sahaja.

Bahan-bahan:

2 cawan whipping krim(dairy)
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila
350 gram coklat masakan atau dark coklat

Cara membuatnya:

1. Campurkan ke semua bahan dan mix hingga kembang gebu menggunakan blender.

2. Double boilkan Coklat masakan atau dark coklat hingga cair. Apabila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat

3. Tuang adunan aiskrim yang diblend tadi dan bekukan 5 hingga 6jam atau semalaman.

Nota:

Salutan coklat itu tak perlu mengeras kerana jika dah mengeras ia tidak akan bersalut dengan ais krim. Adunan aiskrim dan coklat tidak akan bercampur.

Coklat itu pekat apabila ratakan dalam plastik, coklat akan lekat keliling plastik jadi bahagian tengah-tengah automatik kosong sebab dan boleh tuang aiskrim bahagian tengah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?