Mengupas bawang kadang-kadang mengambil masa yang agak lama jika kita mahu mengupas dalam jumlah yang banyak.

Pelbagai petua dan tips telah dikongsi oleh ramai tapi antara tips terbaru kami dengar ialah mengupas bawang putih tanpa menggunakan pisau. Betul ke cepat siap?

BACA: Tips Makan Nasi 1 Senduk Tapi Kenyang Gila

Seorang pengguna laman Facebook berkongsi tips mengupas bawang putih hanya dengan menggunakan tangan saja dan ia juga menjimatkan masa.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat mengupas bawang dengan menggunakan tangan tanpa bantuan alat lain seperti pisau.

Dia hanya memusingkan isi tengah bawang putih itu hingga berbunyi kemudian kulit bawang akan tertanggal dengan begitu mudah. Senang kan?

Selain menjimatkan masa, tips ini juga mudah difahami jadi senang untuk kita mengajar kepada orang lain selepas mahir mengupas bawang seperti lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Ringkas Donat Green Tea Anda Boleh Cuba
Jom Cuba Buat Kastard Tiramisu Sejuk

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Nasi Arab Bayar Seikhlas Hati?