Biasanya jika kita baru sahaja putus cinta, perasaan sedih, sakit hati, marah, kecewa masih ada sehingga beberapa hari malah bulan jika pasangan yang dicintai meminta putus. Malah, ada yang tidak boleh terima hakikat bahawa perhubungan mereka sudah berakhir tetapi akur juga akhirnya apabila berfikir dengan hati yang tenang.

BACA: Nah, Masak Sendiri Pes Pedas Ala Ramen Samyang

Berikut merupakan perkongsian yang mencuit hati mengenai bagaimana seorang lelaki dikenali sebagai @farid4142 di laman sosial Instagram memasak maggi sambil berkongsi gambar bagi setiap langkah-langkah untuk memasak yang dipercayai baru lepas putus cinta.

Kami kongsikan resepi ringkas untuk memasak maggi jika anda ingin makan maggi pada hari ini ataupun sedang menahan sakit hati kehilangan orang tersayang baru-baru ini.

Bahan-bahan

1 paket maggi
Air secukupnya
1 biji telur ayam

Cara-cara

– Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.

– Letakkan mee maggi tersebut ke dalam periuk.

– Curahkan perencah maggi ke dalam periuk. Gaul sebati.

– Akhir sekali, pecahkan sebiji telur kemudian tunggu sehingga telur masak sepenuhnya atau separuh masak ikut citarasa anda.

Walaupun perpisahan agak sukar untuk diterima, namun anda harus ingat semua yang terjadi ada hikmahnya dan sentiasa berfikiran positif dalam apa jua situasi yang anda hadapi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ingat Susah Sangat Nak Buat Dumpling, Senang Je Rupanya