Ini Caranya Bersihkan Biji Mata Guna Pisau Cukur
Selalunya pisau cukur digunakan untuk mencukur misai, jambang dan kening tapi seorang tukang gunting rambut di China menambah satu lagi kegunaan pisau cukur iaitu membersihkan biji mata.
Kedengaran agak pelik tapi itulah kemahiran tradisional yang dimilikinya dipraktikkan sejak 40 tahun lalu hinggalah sekarang.
BACA: Mata Kucing Dicungkil, Pengguna Laman Sosial Berang
Video tersebut menunjukkan seorang pelanggan sedang menjalani rawatan pembersihan mata menggunakan pisau cukur. Agak ngeri juga kami melihatnya.
Menurut Xiong Gaowu, 62 tahun, dari Chengdu, China berkata rawatan itu haruslah dilakukan dengan berhati-hati.
Walaupun ia kelihatan agak berbahaya, namun Gaowu tetap mempunyai pelanggan yang mempercayai kemahirannya itu.
Pelanggan Gaowu juga memberitahu penglihatannya lebih jelas dan selesa selepas membuat rawatan tersebut.
Selain itu, rawatan pembersihan mata itu dikenakan bayaran sebanyak 80 yuan (RM49) seorang. Ada yang berani mahu bersihkan biji mata?
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Tambah Isteri Tapi Kena Tetak
Beli Iphone 6 Tapi Dapat Kentang
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia
- SUMBER
- DAILYMAIL