Ini Cerita Sebenar Isu Ikan Kering Dipijak, Dijilat Anjing
Baru-baru ini tular di media sosial video dimana menunjukkan ikan yang sedang dikeringkan dipijak dan dimakan beberapa ekor anjing dipercayai berlaku di Langkawi. Perkara itu mendapat perhatian ramai dan Jabatan perikanan Perikanan Kedah telah melakukan siasatan ke atas isu tular tersebut.
Hasil siasatan, Jabatan Perikanan Kedah mengesahkan ikan yang sedang keringkan itu bukan untuk dijadikan ikan masin tetapi akan dijual sebagai ikan baja bagi kegunaan tanaman atau pun kepada kilang pemprosesan serbuk ikan.
BACA: Suka Makan Ikan Kering Risiko Derita Kanser Hidung
“Ikan yang dikeringkan itu adalah sebahagian kecil daripada hasil semasa proses penangkapan ikan bilis mengunakan bot konvensional pukat jerut bilis Zon A.
“Semasa proses penangkapan ikan bilis terdapat ikan kasar, sebagai contoh ikan tamban, ikan kembung dan lain-lain ikan yang turut sama ditangkap bersama ikan bilis.
“Ikan yang dikeringkan ini hanyalah salah satu sumber pendapatan tambahan berdasarkan lebihan hasil tangkapan dan bukannya industri utama,” demikian menurut satu kenyataan.
Hasil pemeriksaan juga mendapati industri utama di kawasan berkenaan adalah pemprosesan ikan bilis dan para pengusaha di situ menggunakan mesin untuk mengeringkan ikan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- MHETV