Dalam dunia fotografi ayat yang sering diulang adalah ‘kamera yang terbaik adalah kamera apa yang anda ada sekarang’ dan kreativiti adalah kunci utama untuk menghasilkan gambar yang menarik dan dengan bahan terbuang sebenarnya mampu membantu anda menghasilkan gambar yang menyamai juru gambar professional.

BACA: Nah, Masak Sendiri Pes Pedas Ala Ramen Samyang

Seorang juru gambar terkenal Perancis, Philippe Echaroux telah menggunakan kotak burger McDonald’s dan juga iPhone miliknya untuk menghasilkan gambar potret yang menarik.

Apabila mengambil gambar dengan menggunakan telefon bimbit pasti selalunya anda kecewa kerana gambarnya kurang jelas apabila malam dan jika menggunakan flash yang ada pula gambar akan nampak tidak menarik.

Oleh itu Philippe telah menunjukkan dengan mengunakan kotak burger dan lampu suluh mampu membantukan anda menangkap gambar dengan lebih menarik lagi.

Dia telah gunakan kotak burger sebagai lighting rig yang mudah untuk dihasilkan serta dengan kos yang minimum.

Dengan lighting rig ini akan memberikan pencahayaan yang lebih menarik untuk subjek fotografi anda terutamanya apabila menangkap gambar potret.

Apa yang kami boleh katakan gambar yang ditangkapoleh Philippe dengan bantuan kotak burger ini sememangnya menakjubkan dan hampir tiada beza dengan menggunakan kamera biasa.

Ini adalah hasil gambar yang diambil dengan kamera iPhone dan juga lighting rig kotak burger ini. Oleh itu bagi anda yang meminati fotografi bolehlah cuba cara ini kerana ia mudah, jimat dan menarik.

VIDEO: Pyan Dah Gemuk, Perut Berlapis Teruk?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram