Bila Abang Drive-Thru McD Layan Nyanyi Sekali
Kebanyakan rakyat Malaysia suka membuat lawak jenaka bagi menghiburkan hati, menghilangkan bosan dan macam-macam lagi. Baru-baru ini, seorang pelanggan drive-thru McD memuatnaik sebuah video menunjukkan dia bergurau dengan menyanyi bersama pekerja drive-thru McD di lorong drive-thru tersebut.
BACA: 7 Menu McD Yang Tiada Di Malaysia
Me singing Tergantung Sepi with abg mcd pic.twitter.com/rzYTRz6luK
— aisy (@amiraisy) August 3, 2017
Seorang lelaki dikenali sebagai Aisy, menyanyi sambil berduet dengan pekerja McD itu pada pukul 7.27 petang semalam semasa dia hendak membuat pesanan makanan di McD Skudai, Johor.
Me singing Tergantung Sepi with abg mcd pic.twitter.com/rzYTRz6luK
— aisy (@amiraisy) August 3, 2017
Video berdurasi selama 29 saat itu jelas menunjukkan Aisy sedang menyanyi sebuah lagu dari penyanyi Haqiem Rusli bertajuk Tergantung Sepi dan kemudiannya meminta pekerja itu sambung menyanyi lagu tersebut.
Malah, pekerja itu juga kedengaran sangat sporting kerana melayani kerenah pelanggannya dengan mesra. Ramai pengguna warga laman sosial Twitter memuji tindakan abang McD itu yang disifatkan sebagai mesra, sempoi dan baik.
Mungkin hilang juga bosan sambil menunggu pesanan jika buat sebegini, tapi pastikan barisan kereta di belakang anda tidak panjang agar tidak mengganggu pelanggan-pelanggan lain yang hendak cepat memesan makanan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)
- SUMBER
- TWITTER AMIRAISY