Ini Jadi Bila Makanan Dipotong Dua!
Pernahkah anda terfikir bagaimana bentuk makanan yang berada di dalam kotak, tin setelah dipotong dua? Tekstur makanan yang tidak berubah apabila dipotong menjadikan ianya nampak kemas seperti sebelum dipotong.
BACA: Bantal Bentuk Makanan Boleh Bikin Lapar
Seorang jurugambar, Beth Galton bekerjasama dengan penghias makanan, Charlotte Omnes untuk membuat sesi fotografi makanan yang telah dipotong dua. Berikut merupakan makanan yang digunakan untuk sesi fotografi unik ini.
1. Mee segera
Bagi mendapatkan bentuk sebegini, Beth Galton menggunakan gelatin makanan supaya sup mee segera ini menjadi keras tetapi masih mengekalkan bentuk asal.
2. Bijirin sarapan bersama susu
Omnes telah mencampurkan alkali ke atas bijirin tersebut sebelum menuangkan susu ketika mengambil gambar. Ini bagi mengelakkan tekstur makanan menjadi terlalu lembik dan rapuh.
3. Aiskrim cup
Disebabkan kepadatan aiskrim ini di dalam bekas, maka ia senang dipotong dan mudah untuk mengambil gambar.
4. Aiskrim kon
Mengambil gambar aiskrim bukanlah perkara yang mudah. Selepas aiskrim dipotong, Galton harus mengambil gambar dengan segera sebelum aiskrim tersebut cair.
5. Popcorn
Untuk gambar ini, Galton terpaksa menggunakan Photoshop bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
6. Ayam goreng
Omnes harus memastikan isi ayam padat untuk memudahkan dia memotong isi ayam tersebut. Dia juga turut menuangkan air kopi di atas aiskrim bagi mendapatkan hasil gambar yang menarik.
7. Ayam panggang
Sebenarnya, agak mudah untuk memotong makanan yang lebih padat seperti ayam panggang ini. Namun, Omnes terpaksa menggunakan gergaji tajam agar potongan menjadi kemas dan sempurna.
8. Makanan tin
Bagi makanan yang mempunyai sup, Omnes akan menambah alkali dan gelatin untuk mengelak sup tersebut tumpah selepas tin itu dipotong.
9. Sosej
Dalam penghasilan karya sebegini, Galton harus memberi gaya kreatif agar gambar yang diambilnya tampak menarik seperti menuangkan sos dari atas.
10. Aiskrim
Bagi aiskrim di dalam bekas yang besar pula, ia agak sukar untuk dipotong kerana cepat cair. Teksturnya juga akan cepat cair dan merosakkan gambar jika sudah menitis ke atas meja.
Penghasilan gambar sebegini memang menarik untuk dilihat kerana ianya berbeza dengan gambar makanan yang biasa kita lihat dan nampak kemas serta teratur membuatkan kami teruja melihat gambar-gambar ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Benda APA Boleh Dapat Dengan Singgit Kat Bazar Ramadan?
- SUMBER
- IDN TIMES