Biasanya kita makan telur dadar atau omelette bersama nasi putih atau makan begitu sahaja ketika sarapan. Pernahkah anda bayangkan bagaimanakah rupanya telur dadar raksasa dibuat? Baru-baru ini festival memasak telur dadar raksasa dianjurkan di Malmedy, Belgium menggunakan lebih daripada 10,000 telur ayam.

BACA: 7-Eleven Thailand Masakkan Telur Untuk Anda

Sumber dari merdeka.com

Untuk pengetahuan anda, acara tradisi ini sudah lama diadakan sejak 22 tahun yang lalu di Kota Malmedy. Ia diadakan pada setiap 15 Ogos setiap tahun sejak tahun 1990-an lagi.

Sumber dari merdeka.com

“Saya tidak memiliki masalah mengumpulkan ribuan telur untuk festival ini. Tetapi sejak kebelakangan ini ia memang sedikit berbeza,” ujar presiden World Giant Omelette Brotherhood, Benedicte Mathy pada AFP.

Sumber dari antaranews.com

Ini kerana, negara-negara Eropah sedang mengalami krisis telur tercemar oleh racun perosak. Malah, Belgium juga merupakan antara negara yang mengalami krisis berkenaan.

Sumber dari liputan6.com

Mathy menegaskan bahawa mereka sangat mengambil berat mengenai isu tersebut dan melakukan pemilihan telur dengan teliti untuk festival ini.

Sumber dari bokunoblog.com

“Selain itu, 8,000 telur yang digunakan adalah berasal dari ladang ternakan yang berada 40 km dari tempat ini, malah kualitinya juga terjaga,” sambungnya lagi.

“Apa yang penting adalah kita mampu meyakinkan masyarakat bahawa telur yang digunakan adalah selamat,” jelasnya sambil memberitahu telur dadar itu akan diedarkan kepada pengunjung yang berada di acara itu selepas siap dimasak.

Walaupun negara itu dilanda krisis telur, namun mereka berjaya membuktikan bahawa ia bukanlah penghalang untuk rakyat negara itu berjaya mengadakan acara festival tahunan itu dengan selamat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?