Ini Keunikan Nasi Kandar Makcik Gayah
Jika rumah anda di Subang Jaya tapi tak pernah dengar nasi kandar makcik Gayah, anda mungkin tak tahu kewujudan nasi kandar ala Melayu yang agak popular di USJ 11.
Kalau anda datang lambat, memang tak dapat merasa nasi kandar buatan wanita itu kerana ia dihidangkan dengan cara siapa cepat, dia dapat.
BACA: Sis, Ini Cara Senang Buat Peria Goreng!
Makcik Gayah atau nama sebenarnya Rogayah, 62 tahun, suka memasak dan menjual nasi kandar menggunakan resepi arwah ibunya di halaman rumahnya di USJ 11, Subang Jaya.
Keunikan nasi kandar dimasaknya bila dia hanya menjual setiap hari Ahad sahaja selama tiga jam bermula 6.30 pagi hingga 9.30 setiap hari ahad, dimasak dengan penuh kasih sayang dan menggunakan ramuan serta bahan tersendiri.
Makcik Gayah juga sanggup bangun seawal dua pagi untuk memasak semua jenis lauk.
Malah, dia meletakkan beberapa meja di halaman rumah supaya pelanggan-pelanggan yang ingin makan boleh duduk dan makan.
Tetapi, bilangan meja dan kerusi sangat terhad, jadi anda jangan leka bersembang bila habis makan sampaikan orang lain tak dapat duduk. Makan di sana rasa tenang seperti makan di rumah sendiri pula.
Walaupun nasi kandar makcik Gayah atau juga dikenali sebagai makcik Gai lain sedikit dari nasi kandar biasa yang mempunyai kuah banjir, ia tetap diminati dari golongan seluruh usia, bangsa dan agama.
Selain itu, dia menyediakan kopi dan beberapa hidangan percuma seperti bendi rebus, terung rebus untuk para pelanggannya.
Walau bagaimanapun, makcik Gayah dilaporkan menghidap kanser ovari tahap tiga pada September tahun lepas dan telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali sebelum ini.
Diharap makcik Gayah dapat sembuh dan sentiasa murah rezeki kerana tidak berkira dalam soal makanan dalam berniaga.
ARTIKEL BERKAITAN:
5 Perkara Menarik Tentang Nasi Dagang Pak Malau
Makan Bajet Serendah RM3
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar
- SUMBER
- MSTAR