Ini Kisah Bagaimana Pizza Margherita Tercipta
Tidak banyak negara yang boleh mengatakan bahawa hidangan kebangsaan mereka telah menjadi fenomena antarabangsa.
Itali mempunyai dua hidangan seperti itu, pasta dan, tentu saja, pizza . Keduanya terkenal di seluruh dunia dan telah diterima oleh setiap budaya.
Salah satu pizza yang terkenal adala pizza margherita. Di sebalik penciptaan pizza margherita, terdapat kisah bagaimana pizza ini telah tercipta.
Jadi, kami menyingkap kisah di sebalik asal usul penciptaan pizza margherita dan sedikit sejarah terciptanya pizza itu sendiri.
Pizza sudah dimakan sejak zaman gangsa
Perkataan pizza dikatakan berasal dari perkataan Latin “pinsa” , yang bermaksud roti rata walaupun terdapat banyak perdebatan tentang asal perkataan ini. Pizza dalam bentuk yang paling asas sebagai roti rata mempunyai sejarah yang panjang di Mediterranean.
Beberapa budaya termasuk orang Yunani dan Phoenicia memakan roti rata yang terbuat dari tepung dan air. Doh akan dimasak dengan meletakkan pada batu panas kemudian dibalut dengan herba.
Bagaimanapun penemuan arkeologi baru-baru ini telah menemui pizza Zaman Gangsa di rantau Veneto.
Menjelang Zaman Pertengahan, pizza awal ini mula berubah rupa dengan rasa yang lebih moden. Para petani ketika itu menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh untuk menghasilkan adunan pizza moden dengan minyak zaitun dan herba.
Margherita adalah nama seorang Ratu Italia
Pizza di Itali hanya popular sekitar abad ke-18. Dalam tempoh itu tomato mula diperkenalkan pada ‘topping’ pizza. Tomato pada asalnya hanya sebagai pokok hiasan dan orang Itali beranggapan tomato sejenis buah yang beracun.
Namun hasil keberanian seorang chef yang telah meletakkan tomato pada pizza, akhirnya tomato telah menjadi sebahagian DNA pizza hingga sekarang.
Sejak pizza sudah mula dijual di tepi-tepi jalan Naples, golongan bangsawan turut menggemari pizza. Populariti pizza mula meningkat.
Maka, pelbagai variasi pizza mula muncul. Dan antara yang terkenal hingga sekarang adalah pizza Margherita.
Pizzaiolo (pembuat pizza) yang bertugas pada hari itu, Rafaele Esposito telah mencipta pizza untuk Ratu yang mengandungi tiga warna bendera Itali. Merah tomato, putih mozzarella dan kemangi hijau segar.
Sejak peristiwa itu pizza gaya Neapolitan kini telah tersebar di seluruh Itali dan setiap rantau mula merekabentuk versi mereka sendiri berdasarkan peraturan masakan ala Itali.
Variasi pizza tradisional Itali
Pizza dari Pizzeria lazimnya berbentuk bulat. Varieti serantau seperti Pizza Marinara, pizza tradisional Neapolitan yang mempunyai oregano, ikan bilis dan banyak bawang putih.
Selain gaya serantau terdapat beberapa jenis yang popular di seluruh Itali. Quattro Formaggi menggunakan empat mozarella segar dan tiga keju tempatan seperti gorgonzola, ricotta dan parmigiano-reggiano, atau keju yang lebih kuat seperti fontina atau taleggio, bergantung kepada kawasan-kawasan di Itali.
Tuna Itali yang dibungkus dalam minyak zaitun juga merupakan topping popular bersama dengan produk marin lain seperti ikan bilis, kerang dan udang. Kesemua jenis pizza ini sangat Itali.
Pizza Margherita kini berusia 129 tahun
Pizza yang terkenal di seluruh dunia ini kini berusia 129 tahun. Upacara sambutan bagi meraikan ulang tahun pizza ini dilakukan saban tahun.
Tetapi mengapa pizza ini sangat istimewa? Pizza Margherita sangat istimewa bagi orang Itali hingga di wartakan dan mendapat pengiktirafan oleh Kesatuan Eropah (EU) sebagai makanan tradisional yang dilindungi atau TSD (traditional speciality guaranteed)
Begitu juga dengan tiga bahan asasnya iaitu tomato dari San Marzano, minyak zaitun extra virgin dari Campania, dan `mozzarella di bufala`. Bahan-bahan ini turut mendapat pengiktirafan sebagai ‘bahan asli yang dilindungi’ atau PDO (protected designation of origin) dari Kesatuan Eropah.
Kini pizza telah diterima hampir setiap budaya di dunia. Begitu juga dengan masyarakat di Malaysia, anda boleh memilih antara pizza yang dijual dari ‘food truck’ atau di restoran yang terkenal. Terima kasih pada penciptaan agung pizza,
Artikal Berkaitan
Resepi Pizzagardenia Yang Mudah, Cepat & Sedap
Ini Penjelasan Mengenai Asal Usul Pasta
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam? 😱😱😱
Sumber: lifeinitaly.com