Ini Lokasi Pernikahan Indah Yuna & Adam Sinclair
Sebaik saja gambar pernikahan Yuna dan juga suami, Adam Sinclair tersebar di laman sosial, tidak dapat dinafikan ramai warga laman sosial yang jatuh hati dengan panorama latarbelakang lokasi pilihan mereka.
BACA: 9 Lokasi Terbaik Di Malaysia Anda Wajib Kunjungi Tahun Ini
Pastinya menjadi impian bakal pengantin mahu pun suami isteri untuk berbulan madu, lokasi tersebut iaitu Puncak Rimba yang terletak di Janda Baik ternyata mempunyai sejarah tersendiri.
Melalui temubual bersama The Edge Market, pemilik Puncak Rimba iaitu Datuk A Shazilly Bakti yang juga merupakan pengerusi Schlumberger Drilling Services Sdn Bhd, kami ringkaskan beberapa fakta menarik tentang lokasi berkenaan.
1. Puncak Rimba mempunyai air terjun semulajadi yang tersendiri
2. Selain air terjun, ia juga mempunyai 300 pokok durian (Musang King, D24 dan pelbagi jenis durian kampung), langsat, rambutan, jambu batu, jambu air dan juga 200 pokok manggis.
3. Terdapat 7 villa di Puncak Rimba termasuk sebuah rumah kayu berusia 106 tahun yang dibawakan khas dari Kampung Bongek, Negeri Sembilan.
4. Berasal dari Kelantan, Datuk A Shazilly turut menugaskan tukang ukir dari Rantau Panjang untuk menyiapkan ukiran tradisional di Puncak Rimba.
5. Terdapat sebuah kolam yang menempatkan ikan kelah dan patin. Apa yang menariknya, anda boleh memancing dan makan ikan di kolam tersebut. Begitu juga dengan buah-buahan yang terdapat di sini.
6. Puncak tertinggi di kawasan tersebut pula menempatkan rumah utama, Villa Puncak. Cuaca di sini sememangnya sejuk dan pastinya mampu membuatkan anda lupa kesibukan di bandar.
7. Percaya atau tidak, idea asal Puncak Rimba sebenarnya bermula daripada ingin membina rumah pokok dan kini menjadi satu lokasi idaman ramai selepas menjadi tempat pernikahan Yuna dan juga suami.
Menurut Puncak Rimba melalui akaun Facebook mereka, segala tempahan dan juga pakej adalah melalui permintaan.
Jadi, bagi bakal pengantin dan juga pasangan suami isteri, adakah anda berminat untuk menerokai sendiri pengalaman back to nature di Puncak Villa?
Gambar Ihsan: The Edge Markets / Facebook Puncak Rimba / Instagram Weddings By Qay