Biasanya jika kita pergi melancong ke Thailand, pastinya kita akan tercari-cari makanan street food mereka kerana sedap dan murah. Malah, ia merupakan acara wajib bagi setiap pelancong yang datang ke negara jiran tersebut.

Namun, anda harus cuba beberapa jenis hidangan Thai street food paling mahal yang ada di sana kerana hidangan tersebut dikatakan paling sedap dan berbaloi dengan harganya.

BACA: 7-Eleven Thailand Masakkan Telur Untuk Anda

Sumber dari facebook.com

Sebuah restoran di daerah Phra Nakhon, Bangkok, Thailand yang dikenali sebagai Raan Jay Fai, menjadi popular kerana hidangannya yang sedap tetapi agak mahal berbanding kedai makan lain.

Pemilik Raan Jay Fai, Jay Fai, yang juga tukang masak di restoran itu telah memasak sejak dari dahulu lagi sehingga dia berusia 70an dan masih dikenali kerana imejnya memakai goggle ski sambil memasak hidangan istimewa yang popular di restoran miliknya.

Sumber dari danielfooddiary.com

Sebenarnya, restoran itu telah popular dalam kalangan penduduk setempat serta pelancong dari luar negara sejak 40 tahun lalu, lapor VICE.

Di samping itu, restoran tersebut turut mendapat pujian dari Martha Stewart yang menggelar Jay Fai sebagai tukang masak terbaik di Thailand. Malah, ia juga pernah tersenarai dalam Lonely Planet sebagai salah satu restoran yang terbaik di Bangkok.

Sumber dari facebook.com

Salah satu hidangan popular restoran ini adalah ‘khai jeaw poo’ atau crab omelette. Omelet ketam ini mengandungi hampir separuh daripada satu kilogram isi ketam segar yang dibalut dengan telur dadar. Harga crab omelette ini ialah 1,000 Baht atau RM129.

Sumber dari danielfooddiary.com

Selain itu, hidangan istimewa Raan Jay Fai ialah ‘pad kee mao’ atau dikenali dengan drunken noodles. Hidangan ini dikatakan sebagai drunken noodle paling terbaik di Bangkok. Harga bagi satu hidangan ini ialah 400 Baht atau RM51.

Sumber dari hungryonion.org

Bahkan, bubur nasi goreng di restoran itu juga menarik perhatian orang ramai. Hidangan ringkas ini dilengkapi dengan udang, telur dan ‘pathongko‘ (deep-fried dough stick). Harganya juga lebih kurang 400 hingga 500 Baht atau dari RM51 hingga RM64 satu hidangan.

Walaupun harga ketiga-tiga hidangan ini agak mahal, namun ianya sesuai dengan bahan serta rasa yang terdiri daripada bahan yang berkualiti seperti isi ketam segar dan banyak lagi.

Usah terkejut jika anda melihat barisan panjang di luar restoran itu kerana hidangan istimewa mereka sememangnya sedap dan berbaloi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Memang Berebut Makan Gulai Ikan Tongkol Kat Sini