Ini Maksud Rekaan Bekas Makanan Kitar Semula
Sejak bekas makanan polisterin digantikan dengan bekas makanan plastik terbaru, ramai yang mengadu bekas makanan terbaru itu menyukarkan mereka untuk menghabiskan makanan terutama nasi.
Pernahkah anda terfikir kenapa bentuk bekas tersebut dijadikan berlekuk-lekuk? Seorang wanita menjelaskan isu ini di laman sosial Twitter apabila melihat seorang lelaki tweet mengenai bentuk bekas makanan itu.
BACA: Jepun Bagi Diskaun Makanan Kepada Lelaki Botak
Wanita itu dikenali sebagai @orkedlaaa memberitahu tujuan bekas makanan itu dijadikan berlekuk adalah kerana ia memudahkan proses kitar semula selepas digunakan.
Menurutnya, para saintis dan aktivis bertungkus-lumus untuk memelihara alam sekitar dan ciptaan bekas makanan ini agak inovatif kerana dapat mengurangkan sisa plastik.
Jelasnya, bekas makanan itu sebenarnya diperbuat daripada plastik kitar semula. Salah satu sebab bentuk bekas itu berlekuk adalah kerana untuk menguatkan struktur plastik. Kalau rata je, mungkin bekas itu akan jadi lembik.
Walaupun penjelasan telah diberikan, ada juga beberapa orang yang tidak setuju dengan wanita itu. Mereka berpendapat bekas makanan boleh direka dengan lebih bagus.
Lain orang, lain pendapatnya. Mungkin jika makan nasi dengan tangan mungkin dapat habiskan makanan dengan lebih bagus dan nasi yang tersekat di lekukan bekas pun mudah dicapai.
ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
7 Makanan Panggung Wayang Dari Negara Berbeza
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak
- SUMBER
- TWITTER ORKEDLAAA