Ini Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air
Kalau anda perasan, setiap kali nak beli air mineral atau minuman pasti anda dapat lihat warna penutup botol yang berbeza-beza. Ada warna biru, hijau dan putih.
Rupanya ianya bukan hanya untuk warna tema, tapi sebenarnya ada maksud di setiap warna penutup botol tersebut dan identiti tersendiri.
BACA: “Orang Islam Yang Beli Starbucks Masuk Neraka”
Korang kena tahu sebelum beli. Sebenarnya ada sebab kenapa ada sesetengah air mineral itu mahal. Jangan tahu buat aduan je sebab harga mahal.
Penutup Biru
Diperoleh daripada sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabel sebagai air mineral.
Penutup Putih
Air ini merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang.
Disebabkan itu juga, air penutup putih dilabel sebagai air minuman dan dijual dengan harga lebih murah berbanding air mineral penutup biru.
Penutup hijau
Air botol penutup hijau pula air mineral semulajadi. Air ini diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.
Air mineral Evian
Dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport terus dari Perancis, rasa air Evian ini sedikit berbeza berbanding air mineral lain.
Ada yanf berpendapat rasa air Evian ini seperti air Zam-zam. Ada rasa sedikit masin dan payau. Ini disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi didalamnya. Harganya memang jauh mahal dari air mineral biasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya
- SUMBER
- ohmymedia