Ini Menu Kaki Hiking Di Malaysia
Di Malaysia aktiviti hiking atau panjat gunung sudah menjadi ‘trend’ terbaru yang semakin diminati ramai. Rata-rata kaki hiking terdiri dari pelbagai lapisan usia dan juga latar belakang.
Aktiviti ini kian mendapat sambutan dan berada pada kelas yang tersendiri. Bagi kaki gunung yang ‘hardcore’, istilah “G7” adalah satu terma yang cukup sinonim dan membawa maksud tersendiri kepada setiap pendaki.
Ia merujuk kepada Tujuh Gunung Tertinggi di Semenanjung Malaysia yang melebihi 7,000 kaki dari aras laut. Kejayaan menawan setiap puncak di G7 adalah satu kepuasan yang tidak ternilai kepada para pendaki sejati.
Salah satu “G7” yang terkenal ialah Gunung Tahan yang terletak di Taman Negara Pahang. Walaupun ketinggiannya adalah rendah berbanding Gunung Kinabalu tetapi tahap kesukaran dan cabaran yang perlu dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Tahan adalah jauh lebih mencabar.
Untuk ke puncak, para pendaki perlu menempuh 5 hingga 7 hari perjalanan. Tahukah anda apakah menu masakan kaki hiking yang terpaksa bermalam di dalam hutan ketika mendaki? Kami senaraikan beberapa menu yang kaki hiking selalu makan.
Mi Segera antara yang paling popular
Aktiviti mendaki gunung adalah salah satu sukan yang mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi. Pemilihan makanan yang betul juga amat penting bagi memastikan para pendaki kekal bertenaga untuk sampai ke puncak.
Mi segera adalah salah satu makanan yang popular di kalangan para pendaki. Ia ringkas dan amat praktikal untuk dibawa kemana-mana.
Selain mi segera, coklat dan energy bar adalah antara makanan yang boleh mengembalikan dan menghasilkan tenaga segera yang diperlukan badan. Pemilihan coklat yang berkacang juga sangat membantu dalam mengembalikan tenaga tambahan pada para pendaki.
Roti dan mentega Kacang juga merupakan pilihan para pendaki. Selain ringan dan mudah dibawa, ia juga sesuai dinikmati samada dimakan bersama roti ataupun biskut. Kandungan protein yang terkandung didalamnya penting bagi melindungi otot agar kekal kuat untuk mendaki hingga ke puncak.
Ayam masak kicap, tom yam, dan kambing bakar bagi mereka yang ‘otai’ dan berselera tinggi
Jika ekspidisi pendakian yang memerlukan perkemahan, lazimnya para pendaki mempunyai bekalan yang mencukupi bagi aktiviti ini. Dan jangan terkejut sekiranya ada menu seperti tom yam dan ayam masak kicap di atas gunung.
Selain memenuhi keperluan makanan bagi para pendaki, menu makanan yang mewah seperti ini dapat meningkatkan moral para pendaki.
Penyedian dan penyimpanan bahan-bahan bagi menu tersebut amat dititikberatkan oleh para pendaki agar ia tidak mudah rosak dan selamat dimakan.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook Hiking & Camping Around Malaysia seorang pendaki menyenaraikan antara menu yang menjadi pilihan ketika aktiviti mendaki dan perkemahan.
Perkongsian ini juga turut memberikan tips supaya bahan-bahan yang akan dimasak tahan lama dan tidak rosak. Kaedah penyimpanan bahan-bahan dan kelengkapan memasak dengan betul adalah sangat penting bagi para pendaki agar tidak timbul masalah ketika melakukan aktiviti pendakian.
Paket segera mudah disimpan dan sedap
Makanan sedia hidang sebegini juga antara pilihan utama bagi kaiki hiking di Malaysia, selain mudah dibawa ia juga mempunyai pelbagai jenis hidangan dan sangat lazat. Makanan dalam tin juga adalah lauk yang praktikal dan sesuai untuk dinikmati.
Dalam memberikan tenaga yang secukupnya, menu dan penyediaan makanan yang sempurna dan selamat sangat penting bagi para pendaki.
Selain membekalkan tenaga dan juga suntikan moral ia juga dapat memberikan satu pengalaman yang indah bagi para pendaki.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus King Di Setapak Ditemui! (Beratur Panjang)
Sumber: Hiking&CampingAroundMalaysia, Hydragears