Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kanak-kanak berusia 11 tahun yang berkahwin di usia muda bersama lelaki berusia 41 tahun selepas gambar perkahwinan mereka dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu di laman Facebook.

Kanak-kanak yang juga warga Thailand yang dikenali sebagai Ayu memberitahu dia berkahwin dengan suaminya pada Aidilfitri keempat dan dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

BACA: Remaja Kahwin Muda Sebab Takut Tidur Seorang

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.

Gambar perkahwinan Ayu dan suami yang tular di media sosial

Menurut Ayu lagi, dia sudah lama mengenali suaminya itu dan dia sememangnya sayangkan suaminya itu serta tidak akan bercerai selagi lelaki itu masih mahukannya. Kata Ayu lagi, dia dan suaminya tidak pernah tidur bersama dan hanya akan tinggal bersama dalam lima tahun lagi.

“Sejak berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya. Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik. Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung,” katanya kepada Harian Metro.

Warga Thailand, Ayu berusia 11 tahun bersama ibu bapanya, Aminah Hitam & Mat Rosdi Romadsa

Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Mat Rashid Rimadsa, 49 tahun, berkata sudah 20 tahun mereka tinggal di Gua Musang dan bekerja sebagai penoreh getah. Katanya lagi, ada kalanya hasil getah yang diperoleh dijual kepada lelaki itu yang kini menjadi menantunya.

“Seminggu sebelum raya, menantu saya datang menyampaikan hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu saya dan sekiranya saya bersetuju, majlis pernikahan akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.

“Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda, namun menantu saya memaklumkan dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.

Dalam pada itu,  isteri pertama lelaki itu meluahkan rasa terkilan dengan berita perkahwinan tersebut kerana suaminya memilih untuk berkahwin secara rahsia dengan kanak-kanak berusia 11 tahun yang juga merupakan kawan sepermainan anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03