Kehadiran seorang putera raja dari Brunei membuatkan rakyat Malaysia terutama para gadis-gadis tidak keruan melihat ketampanannya. Bukan sahaja kacak, namun putera raja ini juga sanggup meluangkan masa melayan peminat-peminatnya jika ada waktu terluang.

BACA: “Kalau Anak Jantan, Lawan Dengan Pasukan Johor”

Kepada anda yang ingin tahu perubahan terjadi kepada Putera Mateen dari kecil hingga dewasa, anda boleh lihat beberapa keping gambar yang kami kongsikan sejak kecil hingga sekarang.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, 26 tahun, datang ke negara ini kerana dia turut mengambil bahagian dalam permainan polo untuk Sukan SEA ke 27.

Dilahirkan dalam keluarga diraja, putera kesayangan rakyat jelata ini lahir pada 10 Ogos 1991 dan merupakan anak kepada bekas isteri kedua Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Hajah Mariam.

Putera Mateen merupakan seorang lulusan Akademi Tentera Diraja Sandhurst serta pemegang Ijazah Sarjana Diplomasi Antarabangsa dari Universiti London.

Malah, Putera Mateen dikatakan sangat meminati sukan hinggakan dia mencuba pelbagai jenis sukan yang diminati dan dia juga gemar melakukan kerja amal.

Kami kongsikan lagi beberapa keping gambar yang bakal buat peminat-peminat putera kacak ini ‘pecah ovari’.

Dengar cerita Putera Mateen sedang mencari calon isteri. Semoga dia bertemu jodoh yang terbaik buat dirinya dan nampaknya ramai yang menyimpan angan-angan untuk menjadi permaisuri hati putera kacak ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT