Ini Punca Bag Tangan Berharga Hampir RM1,000 Jadi Bahan Jenaka Netizen
Melihatkan gambar yang dikongsikan, pasti ramai tertanya-tanya apa tujuan beg tangan jenama Jacquemus’ new Le Petit Chiquito ini dicipta. Saiznya hanya sebesar duit syiling sahaja.
Lebih mengejutkan harga beg tersebut sememangnya membuatkan kita tak senang duduk. Mana tidaknya, beg sebesar itu dijual pada harga €215 (RM984). Memang tak masuk akal!
BACA:Beg Tangan Versace Milik Rosmah Berharga RM10,000?
Menariknya tentang beg ini, disebabkan saiz beg tersebut terlalu kecil jadi simbol trademark jenama Jacquemus tidak dapat diletakkan dengan penuh dan digantikan dengan huruf ‘J’ sahaja.
new Jacquemus bags are crazy pic.twitter.com/c0wtQn6yEh
— manny404 (@mannynotfound) February 26, 2019
Rekaan beg tersebut ternyata mendapat perhatian netizen yang secara seloroh mengatakan, “nak simpan bodoh pun tak muat”, seolah beg itu terlalu kecil dan tiada sebab untuk membelinya.
Tidak kurang juga ada yang memberikan komen sindiran, beg tersebut perlu direndam terlebih dahulu bagi kembang.
Malah ada yang memberikan komen menghiburkan dimana perempuan itu adalah perempuan raksasa dan disebabkan itu beg tangan tersebut kelihatan kecil.
Agak-agak ada tak yang sanggup beli beg tangan berharga RM984 tapi hanya sebesar duit syiling sahaja? Kalau terlebih kaya tu boleh la beli!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!
- SUMBER
- Facebook Afdzal Adib