Apabila musim banjir tiba, pasukan penyelamat dan polis antara yang sibuk dan bekerja hampir setiap masa demi memastikan rakyat selamat.

Berikutan banjir yang sedang melanda negeri Kelantan, cuti pegawai dan anggota polis negeri itu dibekukan sebagai persediaan menghadapi banjir.

BACA: Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar

Sumber dari astroawani.com

Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan memberitahu kelonggaran cuti hanya diberikan kepada mereka yang sedang menjalankan aktiviti agama seperti umrah manakala yang lain dipanggil balik untuk bekerja.

Menurutnya, semua anggota polis dan kelengkapan logistik berada dalam keadaan sentiasa bersiap sedia bagi membantu mangsa banjir.

Gambar sekadar hiasan

Malah, pihaknya akan memohon pertolongan daripada agensi lain untuk bekerjasama dalam tugas menyelamat mangsa banjir.

Sehingga kini, seramai 437 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di lima daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Diharap rakyat negeri Kelantan menjaga keselamatan mereka dalam bencana banjir yang melanda negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Polis Cantik Di Sukan Sea Jadi Perhatian
Kena Diet Kalau Nak Naik Pangkat

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!