Ini Punca Ramai Boikot Durian Timbang
Kecoh seketika di laman sosial apabila timbul isu boikot durian timbang ekoran harga yang tinggi baru-baru ini. Malah, ada yang mencipta tanda pagar atau hashtag #BOIKOTDURIANTIMBANG di laman sosial Facebook bagi mengajak orang ramai untuk memboikot durian yang dijual secara timbang.
BACA: Kisah Kami Yang Terjah Kendurian Di Shah Alam
Tidak dinafikan harga durian melambung tinggi sehingga ada peminat durian mengatakan harga durian boleh mencecah RM100 sebiji.
Ada pengguna laman sosial mendakwa kulit buah itu menjadi punca orang ramai boikot durian timbang kerana beratnya sahaja sudah mencecah beberapa kilogram(kg).
“Kulit saja dah berapa kg, berat isi ada lah berapa ulas. Sedih ni sebab mahal sangat,” ujar seorang pengguna laman sosial Facebook, Mumy Aryan Rayqal.
Selain itu, ada yang mengeluh sayang untuk membuang kulit durian kerana harga sebiji durian mahal dan ada juga hanya dapat makan beberapa ulas isi durian sahaja dalam sebiji durian.
Berikutan itu, ramai penjual durian memberi pelbagai reaksi mengenai isu hangat ini apabila ditanya. Ada yang mendakwa kekurangan bekalan raja buah itu menyebabkan mereka menjualnya secara timbang.
Di sebalik isu boikot durian timbang ini, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit dan biji durian juga boleh dimakan. Okay, bab kulit itu hanya sindiran semata.
Seorang pengguna laman sosial turut berkongsi gambar kulit durian dijadikan ulam dan makan bersama sambal kicap juga enak dengan nada bergurau. Jangan percaya, please.
Malah, ada juga menjadikan biji durian sebagai kerepek selepas ia dicuci bersih dan dibuang kulit luar serta dihiris nipis seperti kerepek ubi yang lain.
Kesimpulannya, jika anda teringin untuk makan durian tetapi musim durian belum tiba, seeloknya anda beli isi durian yang dijual di pasaraya besar seperti Tesco dan AEON ataupun makan cendol durian yang sememangnya menjual cendol dengan isi durian yang banyak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!
- SUMBER
- MSTAR