Ini Punca Rumah 11 Beranak Berbau Busuk
Terlalu ambil mudah mengenai kebersihan rumah merupakan sebab utama mengapa rumah yang didiami menjadi tak terurus dan kotor. Sebuah rumah di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Melaka dilihat tidak berapa sesuai untuk didiami kerana keadaan rumah tidak terurus.
BACA: Misteri Hujan Turun Hanya Di Satu Rumah
Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka membelanjakan lebih RM10,000 untuk tujuan pembersihan rumah dengan bantuan 70 orang sukarelawan.
Mereka menghabiskan masa sehari suntuk untuk membersihkan rumah yang didiami oleh seorang ibu tunggal, Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30 tahun bersama ayahnya, Mohd Fakeri Othman, 57 tahun dan anak-anak serta adik-beradiknya yang lain.
Akibat tiada kesepakatan dan bertolak ansur dalam mengemas rumah, rumah kediaman mereka tidak terurus hinggakan bahagian dapur tak boleh digunakan jika tak dibersihkan.
“Sebelum keadaan dapur jadi begini (terlalu kotor) saya kerap memasak, tapi sekarang harapkan ayah belikan makanan untuk isi perut kosong saya dan anak-anak dan untuk berjimat cermat, kami makan sekali sehari saja,” ujarnya.
Menurutnya, dia tak larat untuk mengemas rumah seorang diri hingga menyebabkan rumah menjadi terlalu kotor. Jika adik-beradiknya bertolak ansur mengemas rumah, mungkin perkara ini boleh dielak.
Sebanyak tiga lori digunakan bagi membuang sampah dari rumahnya untuk dibawa ke tempat pelupusan sampah.
Kisah hidupnya mendapat perhatian pihak Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka apabila cikgu di sekolah anaknya datang ke rumah bagi membincangkan masalah anaknya yang selalu dibuli di sekolah tetapi terkejut melihat keadaan rumah mereka sekeluarga.
Selain itu, dia turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan ayahnya juga bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.
Tak salah jika kita saling tolong-menolong untuk membersihkan rumah jika kita ingin hidup dalam keadaan selesa dan bersih.
ARTIKEL BERKAITAN:
5 Gambar Rumah Panjang Di Sarawak Yang Anda Tak Pernah Lihat
Ini Sebab Isteri Ikut Suami Hidup Dalam Hutan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Sebab Kami Tak Nak Balik Dari Jepun | Japan Day 13
- SUMBER
- HARIAN METRO