Ini Rahsia Istimewa Kuah Kacang Makpol
Nama Kacang Pool memang sinonim dengan Johor Bahru. Malah, ada yang berpendapat tak sah jika berkunjung ke sana tanpa merasai keenakan hidangan Kacang Pool ini. Bukan itu sahaja, penduduk negeri itu juga sering makan di Restoran Kacang Pool Haji untuk sarapan, minum petang dan sebagainya.
BACA:Berniaga 20 Tahun, Teh O Panas Masih 20 Sen
Pemilik Kacang Pool Haji, Haji Makpol Kairon, 57 tahun, berkata dia telah berniaga sejak 3 dekad lalu dan memperkenalkan hidangan berasal dari negara Arab itu kepada rakyat negeri Johor.
Untuk pengetahuan anda, nama asal Kacang Pool ialah Foul Medammas. Namun, Makpol mengubah resepi asal dengan meletakkan daging cincang ke dalam hidangan popular itu.
“Makanan ini agak biasa sahaja. Bahannya adalah kacang bersama herba dan rempah ratus. Namun, saya dah ubah mengikut citarasa orang kita,” katanya.
Menurutnya, dia menyedari kini ramai yang berniaga kacang pool sepertinya tetapi dia yakin pelanggan-pelanggannya tahu perbezaan kuah Kacang Pool dijualnya kerana dia membuat sendiri herba dan rempah ratus untuk dicampurkan dalam Kacang Pool.
Selain itu, kacang buncis, telur goreng, daging cincang, bawang merah juga merupakan bahan utama untuk membuat Kacang Pool.
Tambahnya, dia tak menggunakan garam, gula dan MSG dalam masakannya jadi ia sangat berkhasiat untuk sesiapa yang ingin mencubanya.
Hidangan itu sesuai dimakan pada waktu pagi, tengah hari, petang dan juga malam dan sedap dimakan bersama roti bakar.
Malah, harga bagi Kacang Pool hanyalah RM6 satu mangkuk. Sangat berbaloi kerana saiz hidangannya sesuai untuk membuatkan anda kenyang.
Kini, Makpol sudah berjaya memiliki lima cawangan termasuk di Putrajaya. Nampaknya senang warga kota nak cuba makan Kacang Pool sebab ada cawangan di sini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Bajet Serendah RM3
Bihun Sup Daging ‘Lebih’ Makin Popular
Kalau Salah Kira, Mak Cik Belanja?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?
- SUMBER
- MSTAR